Selasa, 31 Desember 2013

Mukhriz Mahathir Sahkan Tanding Naib Presiden



Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir akan turut bertanding Naib Presiden bagi pemilihan UMNO yang akan datang, menjadikan pertandingan merebut jawatan itu kepada enam penjuru.

Pengumuman itu dibuat Mukhriz di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah (Seri Mentalon) sebentar tadi.

Beliau dilihat sebagai salh seorang calon pilihan untuk menang kerusi berkenaan.

Lima lagi calon ialah tiga naib presiden sedia ada iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Turut menyatakan pendirian untuk bertanding jawatan berkenaan ialah Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam.

Pada majlis yang sama, Mukhriz turut menyatakan sokongan UMNO Kedah di atas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempertahankan jawatan Presiden UMNO.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar