Tampilkan postingan dengan label wang. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label wang. Tampilkan semua postingan
Jumat, 14 Februari 2014
Banyak persoalan isu wang RM40 juta dari Hong Kong
Harakahdaily
| 19 Okt 2012 |
Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini berkata, sepatutnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menjelaskan di Parlimen pada hari Isnin sewaktu peringkat jawatankuasa perbahasan Belanjawan 2013 di Jabatan Perdana Menteri.
Baginya, Nazri Aziz telah menjerut dirinya dalam percanggahan apabila beliau mengatakan bukan SPRM ICAC Hong Kong yang membersihkan nama Datuk Seri Musa Aman daripada kes rasuah wang ‘seludup’ RM40 juta dari Hong Kong pada Ogos 2008.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah menjerut dirinya dalam percanggahan apabila beliau mengatakan di Parlimen semalam bahawa bukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) Hong Kong yang membersihkan nama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman daripada kes rasuah wang ‘seludup’ RM40 juta dari Hong Kong pada Ogos 2008.
Menjawab soalan tambahan oleh Ahli Parlimen DAP Cheras, Tan Kok Wai, Nazri berkata di Parlimen semalam:
“Yang Berhormat bercakap tentang wang yang dibawa masuk daripada Hong Kong. Saya hendak sebut di sini itu bahawa siasatan yang dijalankan bukan daripada SPRM. Siasatan dijalankan oleh ICAC iaitu Hong Kong yang terkenal dengan penyiasatan without fear or favor. ICAC telah pun menyatakan itu bahawa tidak ada kes rasuah di sini. Soal sumbangan kepada mana-mana pertubuhan pun tidak ada kesalahan. Kalau macam mana-mana parti pun hendak menerima wang tidak ada kesalahan, boleh terima orang hendak sumbang bagilah, apa salahnya.”
Akan tetapi, Nazri menceritakan perkara yang berlainan dalam jawapan bertulisnya kepada Ahli Parlimen PKR Batu, Chua Tian Chan minggu lepas berkenaan perkara yang sama iaitu:
- 1. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan oleh SPRM dan memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan. Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan UMNO Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri.
2. Pada masa yang sama kes tersebut telah turut disiasat oleh Independent Commission Against Corruption Hong Kong (ICAC). Menurut siasatan ICAC berkaitan kes ini dan keputusan siasatan SPRM yang tersebut diatas, ICAC juga tidak mengambil apa-apa tindakan lanjut.
3. Mengenai kes yang turut difailkan di Mahkamah Switzerland, ia merupakan permohonan Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (MACMA) oleh ICAC bagi tujuan menyiasat perkara yang sama. Permohonan MACMA ini juga telah ditarik balik atas alasan yang sama yang dinyatakan diatas.
Daripada jawapan bertulis Nazri minggu lepas, kes tentang mata wang Singapura bernilai RM40 juta di dalam bagasi seorang ahli perniagaan Sabah, Michael Chia yang cuba diseludup keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 bolehlah disimpulkan seperti berikut:
1. Peguam Negara Tan Sri Gani Patail berdasarkan kertas siasatan yang diserahkan kepadanya membuat keputusan “elemen rasuah tidak dapat dibuktikan” dan bukannya ICAC Hong Kong.
2. Walaupun ICAC turut melakukan siasatan-siasatan mereka sendiri, ia berdasarkan keputusan Peguam Negara dan siasatan SPRM yang menunjukkan “elemen rasuah tidak dapat dibuktikan” dengan itu ICAC tidak meneruskan sebarang tindakan lanjut. Itu sangat berbeza daripada apa yang Nazri katakan semalam bahawa ICAC yang membersihkan nama Musa daripada pertuduhan rasuah dan SPRM menurutinya!
3. Menurut keputusan Peguam Negara bahawa “elemen rasuah tidak dapat dibuktikan” maka ICAC menarik balik permintaannya kepada pihak berkuasa Switzerland memohon kerjasama dalam “urusan melibatkan jenayah” yang telah dilaporkan terhadap sebuah akaun bank Swiss.
seterusnya di sini
template joomla
Rabu, 18 Desember 2013
Dua lelaki ditangkap di lapangan terbang kerana menyeludup wang di dalam perut
Dua orang lelaki ditangkap pihak berwajib Kolombia kerana mencuba menyeludupkan ratusan ribu dolar dalam bentuk tunai dengan menyimpannya dalam perut
Polis Kolombia pada hari Jumaat (14/09) mengatakan telah menangkap dua orang lelaki di sebuah airport di Medellin, setelah para petugas menemukan wang tunai sebesar 80,000 dolar yang disembunyikan dalam perut mereka.
Pihak berwenang mengatakan bahawa kedua lelaki tersebut menelan wang dolar yang dibungkus dalam lateks, kaedah yang sering dilakukan beberapa penyeludup dadah untuk menyembunyikan kokain dan heroin dari endusan pihak berwajib.
Seorang warga Kolombia ditahan pada 8 September lalu, setelah tiba dalam penerbangan dari Kosta Rika. Pihak keselamatan mengatakan bahawa dia tampak gugup dan kemudian mengakui bahawa dirinya menelan wang yang semuanya dalam pecahan 100 dolar, dan masing-masing dipisahkan menjadi 40 paket yang tertutup lateks.
Polis kemudian membawa lelaki itu ke klinik di Medellin dan memberinya ubat pencahar, guna memaksa dia untuk mengeluarkan paket yang berada di perutnya.
Orang kedua ditangkap pada hari Khamis (13/09) setelah tiba dari Kosta Rika dengan wang tunai tersembunyi di perutnya.
Belum jelas motif kedua lelaki tersebut menyembunyikan wang dalam perut mereka, dan apakah wang itu akan digunakan dalam transaksi dadah.
Kedua orang mengatakan kepada polis bahawa mereka adalah pengusaha, dan tidak mengenal satu sama lain.
Pihak berwenang tidak merilis nama kedua lelaki tersebut, namun mengatakan mereka bisa dituntut dengan tuduhan pencucian wang.
Langganan:
Postingan (Atom)