Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan

Kamis, 06 Maret 2014

Polis suruh mangsa pemerkosaan telanjang ketika buat laporan

Reporter : Vincent Asido Panggabean 25 Sep 2013
    
Polisi India suruh korban pemerkosaan telanjang saat melapor
Mangasa perkosaan. shutterstock
  Seorang gadis 14 tahun di India yang menjadi korban pemerkosaan mendapat perlakuan yang lebih mengejutkan dari polis  setempat usai dirinya ingin mencari keadilan.
Mangsa dipercayai diminta untuk telanjang di depan seorang polis  di sebuah balai polis  di Daerah Kushinagar, sebelah timur Negara Bahagian Uttar Pradesh, ketika dia ingin mengajukan kes itu, seperti dilansir web emirates247.com, Rabu (25/9).

Menurut laporan, peristiwa itu terjadi ketika polis  setempat dipercayai meminta kepada ayah mangsa untuk membayar wang kepada mereka agar kes itu didaftarkan dan menangkap pelaku, seperti dikutip surat khabar the Times of India.

Namun, ketika ayah mangsa tidak sanggup untuk memenuhi permintaan para polis , keluarganya dipermalukan dan disuruh pergi.
Insiden ini kemudian terungkap ketika keluarga mangsa tidak menyerah dan sebaliknya mengadukan masalah ini ke Inspektor Polis  Kushinagar. Tidak lama setelah keluhan itu diajukan, polis  langsung bertindak dan menangkap tersangka.

Sesuai dengan laporan mangsa, ketika keluarganya gagal memenuhi tuntutan itu, seorang polis  meminta dia untuk menemaninya ke sebuah ruangan di mana polis  itu kemudian mengunci pintu dari dalam dan meminta dirinya untuk telanjang. Polis  itu mengatakan tindakan itu dia lakukan untuk memverifikasi jika mangsa benar diperkosa.

"Dia membawa saya ke sebuah ruangan dan menutup pintu, dan meminta saya untuk membuang pakaian," kata korban.
Polis  itu juga dipercayai telah mempermalukan mangsa dan orang tuanya, serta mengusir mereka tanpa mendaftarkkan laporan mangsa.
Read More..

Kamis, 30 Januari 2014

Pegawai Kanan Polis Wanita Dituduh Sengaja Lepaskan Tahanan Di P Pinang


GEORGETOWN – Seorang Asisten Superitendan Polis hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap dua pertuduhan termasuk satu pertuduhan sengaja melepaskan seorang tahanan.

Bagi pertuduhan pertama, pegawai wanita terbabit L. Chand Kumari, 56, yang berkhidmat lebih 20 tahun dengan Polis Diraja Malaysia didakwa sengaja melepaskan tahanan K. Prabaharan, 45, yang menghadapi pertuduhan kes penipuan pada 1.50 tengah hari di Kompleks Mahkamah George Town pada 9 Okt lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 225A (1) (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa membuat laporan palsu di Balai Polis Timur Laut pada kira-kira 8.05 malam hari yang sama berhubung insiden itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 182 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Faisal Md Noor manakala tertuduh diwakili peguam R.S.N. Rayer dan V. Parthipan.

Terdahulu, Parthipan mengemukakan pemohonan supaya mahkamah melarang sebarang liputan media untuk kes itu bagi menjaga kepentingan tertuduh dan keluarganya kerana tertuduh merupakan seorang pegawai kanan polis.

Bagaimanapun Majistret Diannee Ningrad Nor Azahar menolak permohonan itu dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 25 Nov sebagai tarikh sebutan semula. – BERNAMA
Read More..

Jumat, 27 Desember 2013

VIDEO Rumah Polis Di Klang Seremban Dibakar Ditembak…APALAGI SELEPAS INI

image


PAGI tadi, sebuah rumah teres yang dihuni dua pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di Jalan Imam Abdul Aziz, Klang dekat sini dibakar, dipercayai kerana dendam.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong berkata kejadian itu disedari pegawainya yang berpangkat Sub Inspektor dan Lans Koperal apabila kedua-duanya terdengar bunyi letupan di perkarangan rumah mereka kira-kira pukul 3 pagi.
“Ketika kejadian, anggota saya sedang tidur dan bergegas keluar (dari bilik tidur) apabila terdengar bunyi letupan kuat di luar rumah.
“Mereka kemudian bertindak keluar dari rumah apabila melihat pintu depan rumah mereka dijilat api dan terkejut apabila empat tayar kereta Toyota Unser dan bonet belakang Proton Saga milik mereka yang diparkir di depan rumah turut dijilat api,” katanya di sini.
Beliau berkata bagaimanapun kebakaran itu dapat dipadamkan sepenuhnya setengah jam kemudian oleh mangsa menggunakan air dari
“Polis tidak menolak kejadian ini berunsur dendam kerana pemeriksaan di lokasi kejadian turut menemui beberapa botol plastik yang mempunyai kesan minyak yang kita percaya digunakan dalam kejadian ini,” katanya.
Shukor berkata rakaman kamera litar tertutup yang dipasang di rumah jiran mangsa turut menunjukkan kelibat dua lelaki melakukan perbuatan itu.
“Kami masih melakukan siasatan menyeluruh bagi mengesan suspek dan berkemungkinan kedua-dua mangsa adalah sasaran berdasarkan bidang kerja masing-masing dan suspek yang terlibat akan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” kata Shukor.
KELMARIN, seorang pegawai polis dan keluarganya berdepan detik mencemaskan apabila kediaman mereka di Taman Seremban Jaya, di sini ditembak bertalu-talu oleh dua lelaki.
Ketika kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, pegawai polis berkenaan sedang tidur manakala isteri dan dua anaknya sedang menonton televisyen.
Jurucakap polis berkata, sebaik mendengar bunyi tembakan tersebut pegawai polis terbabit terjaga dari tidur dan terus menyelamatkan anak serta isterinya yang berada dalam keadaan ketakutan.
NS02_060413_KES_TEMBAK
“Apabila tembakan itu berhenti anggota polis berkenaan terus meninjau di luar rumah dan melihat dua lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC melarikan diri,” katanya.
Katanya, hasil siasatan polis menemui sembilan kelongsong peluru di hadapan rumah mangsa dan dipercayai pistol yang digunakan adalah jenis Walters 9 milimeter.
Katanya, tembakan rambang itu tidak mengenai mangsa dan keluarganya sebaliknya beberapa bahagian rumah seperti siling di ruang tamu dan pintu rumah mangsa.
“Kita syaki kejadian ini ada kaitan dengan satu ugutan yang diterima mangsa berhubung dengan satu tangkapan berkaitan dengan dadah baru-baru ini dan buat masa ini kita menjalankan siasatan secara menyeluruh untuk memburu suspek yang terlibat,” katanya.
NAMPAKNYA semakin hari semakin ramai penjenayah yang mula mencabar pihak polis untuk mengambil tindakan ke atas mereka…mereka semakin liar dan kurang ajar.
Lihat saja video di bawah, polis dimaki dengan perkataan lucah dan sebagainya.
Sesuatu harus dilakukan agar semua pihak menghormati tugasan mereka yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara ini!
Read More..