Tampilkan postingan dengan label baru. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label baru. Tampilkan semua postingan

Selasa, 04 Maret 2014

6 Terbunuh Keganasan Baru Di Mesir

Mesir

Cairo – Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam keganasan antara penyokong dan penentang Presiden Mohamed Morsi yang digulingkan di ibu negara Mesir semalam, lapor media.
Keganasan berlaku sebelum subuh berhampiran lokasi tunjuk perasaan Ikhwanul Muslimin Universiti Kaherah, tempat mereka berhimpun sejak pemimpin itu disingkirkan tentera 3 Julai lalu. Ikhwanul Muslimin menyifatkan tindakan itu sebagai serangan ke atas penunjuk perasaan yang berhimpun secara aman.
Sumber polis menyatakan beratus-ratus penyokong Morsi bertempur dengan penduduk tempatan, peniaga jalanan berhampiran kawasan itu. Penunjuk perasaan juga membaling batu ke arah polis manakala tembakan turut kedengaran.
Enam terbunuh
Akhbar milik kerajaan Al-Ahram melaporkan, kementerian kesihatan memaklumkan bahawa enam orang terbunuh, manakala 33 orang cedera dalam pertempuran itu.
Setakat ini sembilan orang terbunuh dalam keganasan politik di Mesir sejak dua hari lalu.
Kira-kira 100 orang terbunuh dalam keganasan di Mesir, sejak tentera menggulingkan Morsi dan menggantikan beliau dengan pentadbiran sementara yang dipimpin Ketua Mahkamah Perlembagaan, Adli Mansour.
Ikhwanul Muslimin menuduh tentera mendalangi rampasan kuasa itu.
Ikhwanul Muslimin, di dalam laman webnya menyatakan, sembilan orang ‘syuhada’ terbunuh di dalam dua serangan berasingan ke atas penyokong Mursi, seorang di Universiti Kaherah, manakala yang lain terbunuh ketika berarak menuju ke satu lagi lokasi perhimpunan di utara Kaherah.
Ikhwanul Muslimin berkata, ia akan meneruskan perhimpunan sehingga Morsi yang ditahan tentera di satu lokasi tidak diketahui, dilantik semula menyandang jawatan asalnya.
Diarah pindah
“Pemimpin tentera yang meampas kuasa terus melakukan keganasan ke atas penunjuk perasaan yang berhimpun secara aman,” kata Parti Kebebasan dan Keadilan dalam satu kenyataan.
Sebilangan penduduk yang tinggal berhampiran dengan lokasi perhimpunan di Bandar Nasr membuat aduan meminta mereka berpindah.
Sumber keselamatan berkata kes itu dijangka dibawa ke mahkamah ‘bagi membolehkan tentera diberi kuasa undang-undang’ untuk menamatkan tunjuk perasaan. – REUTERS
Read More..

Jumat, 07 Februari 2014

Warga Pakistan ramai ramai datang ke Pulau Baru yang timbul kerana gempa

26 Sep 2013
 
Pulau baru yang muncul usai gempa Pakistan (AFP)
Islamabad - Pulau kecil yang baru timbul di perairan dekat pantai Pakistan pasca gempa 7.7 SR menarik perhatian warga setempat. Dengan menggunakan perahu seadanya, mereka berlayar mendekati pulau baru tersebut.

"Ini bukan hal kecil, tapi hal yang besar yang muncul dari dalam air," tutur seorang warga setempat, Muhammad Rustam kepada AFP, Rabu (25/9/2013).

Terlihat puluhan orang telah berada di atas pulau yang lebih tampak seperti gundukan bebatuan tersebut. Mereka sibuk mengamati dan memperhatikan pulau yang baru muncul beberapa jam setelah gempa.

Gempa berkekuatan 7.7 SR terjadi pada Selasa, 24 September sekitar pukul 16.29 waktu setempat. Pusat gempa berada sekitar 20 kilometer di bawah tanah di distrik Awaran, provinsi Baluchistan yang berbatasan dengan Iran.

"Terlihat sangat, sangat aneh bagi saya dan juga sedikit menakutkan kerana tiba-tiba pulau sebesar ini muncul dari air," imbuh Rustam.

Pulau kecil yang muncul di lokasi sejauh 200 meter dari garis pantai ini memiliki ketinggian sekitar 18-21 meter. Sedangkan panjangnya mencapai 91 meter dengan lebar mencapai 36 meter.

Fotografer AFP menuturkan, permukaan pulau ini terlihat solid, namun diwarnai oleh adanya bebatuan, pasir, dan lumpur. Ditambah adanya ikan-ikan yang mati dan ganggang laut di permukaan pulau ini.

Kerana baru muncul setelah gempa, warga setempat menyebut pulau baru ini sebagai Pulau Gempa Bumi.

Sumber:detikNews
Read More..

Minggu, 22 Desember 2013

Ingin Beli Kereta Baru Lelaki Ini Jual Buah Zakarnya

 30 Nov 2013
 Mark Parisi (Foto: New York Daily News) 
 Mark Parisi (Foto: New York Daily News)
NEW YORK - Seorang lelaki dari Kota New York, Amerika Syarikat  merancang melakukan aksi nekat dengan menjual buah zakarnya yang sebelah kiri hanya untuk membeli sebuah kereta baru.

Seperti diberitakan Metro, Khamis (28/11/2013), Mark Parisi sangat suka dunia otomotif khususnya kereta. Dia rela menjual salah satu buah zakarnya dengan harga USD35.000   hanya untuk membeli kereta Nissan 370.

Kebanyakan lelaki akan merasa ngeri melakukan hal tersebut. Namun Parisi sama sekali tidak takut.

Kerana rancangan nekat Parisi, dia diundang ke sebuah acara televisyen di AS. Dalam acara tersebut, Parisi kembali mempromosikan buah zakarnya

Read More..