Tampilkan postingan dengan label bapa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bapa. Tampilkan semua postingan

Selasa, 12 Agustus 2014

Karpal panggil PM Musa Safri dalam tuntutan sivil bapa Altantuya

OLEH RITA JONG August 23, 2013
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas pegawai khasnya, DSP Musa Safri akan disapina untuk memberi keterangan dalam tuntutan sivil yang difailkan Setev, bapa Altantuya Shaariibuu.

Peguam Karpal Singh (gambar), yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak Setev, berkata beliau akan mendesak tuntutan itu didengar tidak lama lagi.
Setev memfailkan tuntutan sivil RM100 juta terhadap Abdul Razak Baginda, Azilah Hadri, Sirul Azhar Umar dan kerajaan Malaysia pada Jun 2007.

Tuntutan itu ditangguhkan berikutan memberi laluan terlebih dahulu kepada rayuan yang difailkan Azilah dan Sirul. Kedua-dua anggota polis itu dibebaskan hari ini sementara Razak yang dituduh bersubahat dengan kedua-duanya itu dibebaskan pada Oktober 2008.

“Kita kini akan memanggil perdana menteri dan Musa. Musa tidak boleh bertindak sendiri,” katanya di Shah Alam, hari ini.
Karpal berkata, di sebalik pembebasan Azilah dan Sirul, Setev masih mempunyai jalan menerusi tuntutan sivil.

“Ini akan menjadi peluang membuktikan salah di atas keseimbangan kemungkinan.
“Saya akan mengaktifkan tuntutan itu untuk kes itu ditetapkan bagi pengurusan kes,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, ada kemungkinan tuntutan kes itu kekal ditangguh berikutan rayuan yang mungkin difailkan Pejabat Peguam Negara berikutan keputusan mahkamah hari ini.
Ketika ditanya sama ada pembebasan itu akan dibawa kepada tuntutan sivil, Karpal berkata,`ya’.

“Kita masih boleh menggunakan ini untuk menghukum mereka. Kes pemain bola Amerika, OJ Simpson contohnya. Dia dibebaskan atas tuduhan membunuh isterinya, tetapi kemudian didapati boleh dihukum menerusi tuntutan sivil atas kematian isterinya dan diperintah membayar kemusnahan,” katanya.
“Perkara ini (merujuk kepada kes Altantuya) adalah perkara serius. Seseorang datang ke negara kita, diletupkan dan akhirnya tidak ada sesiapa bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.”
Karpal juga mengkritik pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes itu.

“Mereka patut dipertanggungjawabkan atas kecacatan yang berlaku,” katanya merujuk kepada beberapa perkara yang dibangkitkan panel Mahkamah Rayuan dalam penghakiman mereka pagi ini.
“Ia menunjukkan mereka tidak melakukan tugas sebaiknya,” katanya.
 – 23 Ogos, 2013. The Malaysian Insider
Read More..

Kamis, 26 Desember 2013

Bapa Gersang Cuba Rogol Anak Gadis Sendiri





Harapkan pagar, pagar makan padi. Itu perumpamaan sesuai untuk menggambarkan tindakan seorang bapa kandung yang mencabul dan cuba merogol anak perempuan tunggalnya yang tinggal bersamanya sejak kematian isterinya sebelum melarikan wang tunai bernilai RM1,000 yang disimpan mangsa untuk perbelanjaan perkahwinan dalam kejadian di Pantai Dalam, semalam.

Mangsa berusia 19 tahun yang bekerja di sebuah pusat beli-belah dibawa pulang dari kerja oleh bapanya itu kira-kira jam 3 petang.

language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">
Ketika itu, bapa mangsa yang berusia 50-an tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik kepada mangsa dan mereka berdua makan di rumah seperti biasa.

Sumber polis berkata, selepas menonton televisyen berdua, mangsa masuk ke biliknya untuk tidur manakala bapa mangsa pula tidur di ruang tamu rumah namun kira-kira jam 4 pagi, mangsa tersedar dari tidur selepas merasakan pahanya diraba.

“Mangsa yang ketakutan menjerit memanggil bapanya namun dia terkejut selepas nampak individu yang merabanya itu adalah bapanya sendiri,” katanya.
Read More..